Your Search Results

      • Magic Author

        We are a one-stop platform to read, write, self-publish and sell ebooks in any of the Indian languages. Our mission is to empower the author's community with the digital tools and techniques, and we take care of the online presence of professionals in the publishing landscape, be they authors, publishers, editors, designers, publicists, etc.

        View Rights Portal
      • The Authors Show ®

        We present during this event a handful of authors who appeared on our show, and who have expressed an interest in selling the international rights to their work.

        View Rights Portal
      • PENGENALAN KEMAHIRAN ABAD 21 DALAM PENDIDIKAN ISLAM

        by Author:Norkhairiah Hashim

        Buku ini memberikan pengenalan tentang Kemahiran Abad 21 sebagai tuntutan di dalam era pendidikan masa kini. Penulis juga memberigakan kepentingan kemahiran abad 21 khususnya dalam Pendidikan Islam. Terdapat tujuh dimensi kemahiran abad 21 yang dihuraikan penulis di dalam buku ini antaranya kemahiran komunikasi, kemahiran kolaborasi, kemahiran pengaturan kendiri, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan inovasi, kemahiran konstruksi pengetahuan dan kemahiran hidup dan karier. Kepentingan kemahiran abad 21 dalam pendidikan Islam disentuh didalam penulisan ini dengan mengaitkan matlamat serta hala tuju pendidikan Islam selaras dengan kehendak falsafah pendidikan Islam. Buku ini juga mengutarakan beberapa teori daripada tokoh-tokoh Islam tentang pengajaran dan pembelajaran dan menghubungkaitkan kerelevenan teori berkenaan terhadap penerapan kemahiran abad 21 dalam pendidikan Islam. Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan panduan para guru atau pendidik dalam bidang pendidikan Islam mahupun bukan bidang pendidikan Islam. Secara ringkasnya, buku ini juga dimuati dengan beberapa strategi, pendekatan dan kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, buku pengenalan kemahiran abad 21 ini juga mengongsikan pengimplementasian kemahiran abad 21 dalam sistem pendidikan negara abad ke 21 (SPN 21) dan keselarasannya dalam menuju wawasan negara 2035 iaitu ke arah melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran

      • DIMENSI AGROMAKANAN HALAL

        by Authors: Mohd Shahril Ahmad Razimi, Norkhairiah Hashim, Norliza Mahalle, Norsurilawana Sulaiman and Nur Thaqifah Salihah Salleh

        Buku ini merupakan himpunan penulisan bab yang membincangkan dimensi agromakanan Halal sebagai satu aliran untuk memahami konsep, praktis, sikap dan tingkahlaku terhadap tumbuh-tumbuhan, pohon herba, tumbuhan berkayu dan sayur-sayuran halal negara. Pertanian juga tidak terlepas dalam memberikan penekanan terhadap aspek kehalalan dalam proses dan pengendaliannya. Maka dengan itu, Sistem dimensi agromakanan halal masa depan yang cekap dan berdaya tahan berpotensi dalam meningkatkan pendapatan kepada pengeluar makanan di sepanjang rantaian makanan serta berupaya menyediakan makanan berkhasiat dan berpatutan selaras dengan teras utama kerangka sekuriti makanan negara dan Halalan Tayyiban. Perkara ini secara langsung akan memainkan peranan yang penting dalam masyarakat manusia yang berfungsi, kerana ia memenuhi kehendak pengambilan pemakanan harian yang merupakan satu daripada keperluan fisiologi asas manusia. Sebagaimana negara lain, sistem makanan negara halal ini beroperasi berdasarkan asas sektor agromakanan yang bercirikan jaringan interaksi yang kompleks diantara berbagai pihak yang berbeza dari segi profil, tanggungjawab, kepentingan dan kepakaran. Peranan sektor agromakanan dalam pengeluaran makanan memberi impak yang tinggi kepada aspek ekonomi, sosial, dan alam sekitar sesebuah negara. Impak ekonomi dan sosial kepada sektor agromakanan. Kesimpulannya, sektor agromakanan Halal di rantau Asia diharapkan akan menggunakan semua penunjuk potensi dan ekonomi sebagai asas untuk memacu sektor agromakanan Halal yang lebih kehadapan untuk tempoh 10 tahun akan datang dalam cara yang ditetapkan dengan berpandukan kepada agama dan jaminan agromakanan yang sihat lagi selamat.

      Subscribe to our

      newsletter