PENGENALAN KEMAHIRAN ABAD 21 DALAM PENDIDIKAN ISLAM
by Author:Norkhairiah Hashim
Description
Buku ini memberikan pengenalan tentang Kemahiran Abad 21 sebagai tuntutan di dalam era pendidikan masa kini. Penulis juga memberigakan kepentingan kemahiran abad 21 khususnya dalam Pendidikan Islam. Terdapat tujuh dimensi kemahiran abad 21 yang dihuraikan penulis di dalam buku ini antaranya kemahiran komunikasi, kemahiran kolaborasi, kemahiran pengaturan kendiri, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan inovasi, kemahiran konstruksi pengetahuan dan kemahiran hidup dan karier. Kepentingan kemahiran abad 21 dalam pendidikan Islam disentuh didalam penulisan ini dengan mengaitkan matlamat serta hala tuju pendidikan Islam selaras dengan kehendak falsafah pendidikan Islam. Buku ini juga mengutarakan beberapa teori daripada tokoh-tokoh Islam tentang pengajaran dan pembelajaran dan menghubungkaitkan kerelevenan teori berkenaan terhadap penerapan kemahiran abad 21 dalam pendidikan Islam. Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan panduan para guru atau pendidik dalam bidang pendidikan Islam mahupun bukan bidang pendidikan Islam. Secara ringkasnya, buku ini juga dimuati dengan beberapa strategi, pendekatan dan kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, buku pengenalan kemahiran abad 21 ini juga mengongsikan pengimplementasian kemahiran abad 21 dalam sistem pendidikan negara abad ke 21 (SPN 21) dan keselarasannya dalam menuju wawasan negara 2035 iaitu ke arah melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran
More Information
Rights Information
All rights reserved. No part of this book may be reprinted or reproduced or utilized in any form or by any electronic, mechanical or other means, now known or hereafter invented, including photocopying and recording, or in any information storage or retrieval system without permission in writing from the Publisher.
Marketing Information
UNISSA Press
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Simpang 347, Jalan Pasar Gadong
Gadong BE1310
Negara Brunei Darussalam
Tel: +673 2462000 ext. 332
Website: www.unissa.edu.bn
email: unissapress@unissa.edu.bn
Instagram: penerbit.unissa
Facebook: Unissa Press
Author Biography
Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim ialah penolong profesor di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah dan Sarjana dalam bidang Pendidikan Islam dari Universiti Brunei Darussalam. Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir. Beliau juga menerima Sijil Pengajian Lepas Ijazah dalam bidang Pendidikan Islam daripada Universiti Brunei Darussalam.
Selain daripada itu, beliau adalah merupakan penerima anugerah penghargaan khas Hari Guru ‘Special Mention’ dalam bidang pengajaran Pengetahuan Ugama Islam Sempena Hari Guru Kali ke-19 Peringkat Kebangsaan pada tahun 2009 dan telah dikurniakan Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan yang ke-69 pada tahun 2015.
Beliau aktif dalam bidang penyelidikan khususnya dalam bidang pendidikan Islam dan juga bidang pengurusan Halalan Thayyiban. Disamping itu, beliau juga aktif dalam aktiviti menerbitkan artikel dan jurnal termasuk juga penulisan kertas kerja dan pembentangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Copyright Information
All rights reserved. No part of this book may be reprinted or reproduced or utilized in any form or by any electronic, mechanical or other means, now known or hereafter invented, including photocopying and recording, or in any information storage or retrieval system without permission in writing from the Publisher.
Unissa Press Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
View all titlesBibliographic Information
- Publisher/Imprint UNISSA PRESS / 2022
- Orginal LanguageMalay
- ISBN/Identifier 9789991787589
- FormatPaperback
- Primary Price 16.40 BND
- ReadershipProfessional and Scholarly
- Publish StatusPublished
- EditionFIRST EDITION
- Copyright Year2022
- Dimensions6X9 inches
Unissa Press Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) has chosen to review this offer before it proceeds.
You will receive an email update that will bring you back to complete the process.
You can also check the status in the My Offers area
Please wait while the payment is being prepared.
Do not close this window.