PERANAN GURU RABBANI DALAM KELANGSUNGAN PENDIDIKAN TAUHIDIK
by Author: Ab Aziz Yusof Al-Besuti
Description
Pendidikan Tauhidik digerakkan oleh Guru Rabbani merupakan pendidikan yang mengutamakan peningkatan nilai kemanusiaan. Mereka berusaha menyuburkan kasih sayang di sebalik kesukaran dan cabaran yang dihadapi semasa mendidik. Bagi mereka, setiap cabaran membawa bersama peluang untuk menambahbaik kualiti Pendidikan Tauhidik. Semangat mendidik terus subur dan pengalaman terus diperkayakan bila setiap kali berhadapan dengan cabaran. Mereka sentiasa bermuhasabah dalam setiap gerak kerja bagi memastikan tindakan yang diambil akan mendapat keredaan daripada Allah Subhanahu wa taala.
Sejajar dengan ini, mereka sentiasa bersiapsiaga untuk mengemaskini ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam bidang pendidikan yang telah dipilih sebagai kerjaya. Kesediaan untuk membuktikan Pendidikan Tauhidik sebagai pendekatan yang terbaik mendorong Guru Rabbani untuk bersikap lebih terbuka, lebih penyayang, lebih empati dengan bertindak secara kritis, kreatif dan inovatif. Mereka akan lebih peka, proaktif dan berstrategik dalam mendapatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Mereka akan berpedomankan ajaran Islam dengan menjadikan para anbiya sebagai model guru terbaik untuk diteladani dalam menjayakan pendekatan Pendidikan Tauhidik.
More Information
Rights Information
All rights reserved. No part of this book may be reprinted or reproduced or utilized in any form or by any electronic, mechanical or other means, now known or hereafter invented, including photocopying and recording, or in any information storage or retrieval system without permission in writing from the Publisher.
Marketing Information
UNISSA Press
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Simpang 347, Jalan Pasar Gadong
Gadong BE1310
Negara Brunei Darussalam
Tel: +673 2462000 ext. 332
Website: www.unissa.edu.bn
email: unissapress@unissa.edu.bn
Instagram: penerbit.unissa
Facebook: Unissa Press
Author Biography
Profesor Dr. Haji Ab Aziz Yusof berasal dari Besut, Terengganu yang sekarang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan University College Bestari Setiu, Terengganu. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Canselor di universiti ini selama 3 tahun iaitu dari 1 Oktober 2015 hingga 30 September 2018. Kemudian dilantik sebagai Pengerusi Rayuan Dana dan Wakaf di universiti yang sama selama dua tahun bermula 1 Oktober 2018 sehingga 31 Ogos 2020.
Sebelumnya, beliau bertugas di College of Business Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai Profesor Madya sehingga 30 September 2015. Sepanjang bertugas di UUM, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Institut Pembangunan Keusahawanan mulai 1 Ogos 1997 sehingga 30 September 2000 dan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia mulai 1 Jan 2007 sehingga 31 Disember 2007.
Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Kg. Rahmat, Setiu, Terengganu. Kemudian ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Tengku Mahmood Besut, Terengganu. Pada tahun 1978, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dalam bidang Pengajian Pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Pada tahun 1990, melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam Pentadbiran Pendidikan di UUM. Sebaik sahaja tamat pengajian pada akhir tahun 1994, beliau ditawarkan jawatan tutor dan setahun kemudian dilantik ke jawatan pensyarah setelah tamat pengajian di peringkat Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di University of Hull, United Kingdom. Pada Januari 2015, beliau telah berjaya memperoleh PhD dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah Pusat Pengajian ISDEV.
Beliau merupakan penulis buku ilmiah yang sangat prolifik. Setakat ini, hampir 80 judul buku ilmiah telah berjaya dihasilkan. Penulisan beliau tertumpu kepada bidang pengurusan termasuk pengurusan pendidikan, pengurusan sumber manusia, keusahawanan dan Pendidikan Tauhidik. Antara penerbit yang telah menerbitkan buku beliau ialah Pearson, UUM Press, Utusan Publications & Distributors, Cengage dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Beliau pernah menerima beberapa anugerah antaranya Anugerah Buku Negara dalam kategori buku pengurusan daripada Yayasan Pembangunan Buku Negara bagi tahun 2013 melalui bukunya yang bertajuk Pengurusan Pembangunan: Teori dan Amalan terbitan DBP. Manakala buku beliau yang bertajuk Human Resource Management: The Soft Dimension telah dipilih sebagai penulisan karya asli terbaik di peringkat UUM bagi tahun 2006. Terkini, buku beliau bertajuk Hala Tuju Penilaian Prestasi: Pendekatan Islam Sebagai Gantian telah dipilih sebagai anugerah terbaik UNISSA Brunei Darussalam dalam kategori buku Bahasa Melayu.
Pengalamannya yang luas dalam bidang penulisan menyebabkan beliau sering dijemput oleh IPTA untuk mengendalikan bengkel penulisan ilmiah. Setakat ini, lebih 30 bengkel penulisan buku ilmiah antaranya bengkel memindah tesis ke buku ilmiah telah berjaya dikendalikan dengan kerjasama UUM, UTHM, UiTM Kedah, UiTM Perlis dan juga UniIMAP.
Seterusnya, beliau juga terlibat dengan penyelidikan dan perundingan dalam bidang pengurusan, keusahawanan dan pengurusan sumber manusia. Antara kerja-kerja perundingan berkenaan ialah Program Pembangunan Keusahawanan KETENGAH, Program Pembangunan Usahawan WIRANIAGA, Program Pembangunan Kerja Berpasukan LKIM, Program Keusahawanan Pelajar IKBN, Program Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti Pulau Langkawi, Program Pembangunan Keusahawanan Guru-Guru Vokasional Kementerian Pendidikan, Bengkel Pengurusan Perubahan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Kursus Bina Pasukan kerja MKN, Pengurusan Sumber Manusia dan Kepimpinan RISDA dan Kursus Interpersonal dan Komunikasi berkesan JPS. Beliau juga pernah membentang kertas kerja di seminar dan konfenren di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Copyright Information
All rights reserved. No part of this book may be reprinted or reproduced or utilized in any form or by any electronic, mechanical or other means, now known or hereafter invented, including photocopying and recording, or in any information storage or retrieval system without permission in writing from the Publisher.
Unissa Press Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
View all titlesBibliographic Information
- Publisher/Imprint UNISSA PRESS AND UUM PRESS / 2022
- Orginal LanguageMalay
- ISBN/Identifier 9789991787534
- FormatPaperback
- Primary Price 38 BND
- ReadershipProfessional and Scholarly
- Publish StatusPublished
- EditionFIRST EDITION
- Copyright Year2022
- Dimensions6X9 inches
Unissa Press Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) has chosen to review this offer before it proceeds.
You will receive an email update that will bring you back to complete the process.
You can also check the status in the My Offers area
![Loading...](/Content/images/please-wait.gif)
Please wait while the payment is being prepared.
Do not close this window.