BANGSA MELAYU (Satu Kajian Ilmiah Lengkap Mengenai Umat Islam Sebelah Timur) Mengandungi Peta dan Gambar Rajah Karya Salih Jawdat
by Translators: Haji Mohammad Seman Siti Sara Haji Ahmad
Description
Buku ‘Ummat al-Malayu ini adalah hasil karya Salih Jawdat, iaitu seorang pegawai kanan di Jabatan Pendidikan Mesir ketika itu. Menurut penulis, maklumat dan data tentang bangsa Melayu beliau perolehi secara langsung hasil perbualan lisan dengan Y.A.M Tunku Mansor Ibni Abdul Hamid, iaitu putera kepada baginda Al-Sultan negeri Kedah semasa baginda sedang melanjutkan pelajaran di negara tersebut. Karya ini juga adalah buah tangan yang dihasilkan atas rasa kasih kepada putera raja itu dan juga bangsa Melayu yang juga merupakan saudara seagama dengan penulis. Buku ini secara umumnya memuatkan tentang perihal sejarah, sosial dan geografi serta hasil mahsul dan kekayaan bumi alam Melayu seluruh nusantara termasuk kepulauan Borneo dan Filipina. Beliau banyak menyentuh tentang adat resam orang Melayu termasuk suku-suku yang berada di daerah pendalaman kepulauan nusantara. Pemerian tentang nama tempat, suku, negeri dan pergunungan yang dinyatakan adalah agak purba yang mungkin sudah banyak berubah. Semoga buku dan terjemahan ini dapat menjadi salah satu sumber yang berguna untuk rujukan tentang sejarah kedudukan dan kepentingan bangsa Melayu sebagai suatu keluarga besar di alam nusantara.
More Information
Rights Information
All rights reserved. No part of this book may be reprinted or reproduced or utilized in any form or by any electronic, mechanical or other means, now known or hereafter invented, including photocopying and recording, or in any information storage or retrieval system without permission in writing from the Publisher.
Marketing Information
UNISSA Press
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Simpang 347, Jalan Pasar Gadong
Gadong BE1310
Negara Brunei Darussalam
Tel: +673 2462000 ext. 332
Website: www.unissa.edu.bn
email: unissapress@unissa.edu.bn
Instagram: penerbit.unissa
Facebook: Unissa Press
Author Biography
Profesor Madya Dr. Haji Mohammad bin Seman
Berkelulusan BA (Hon.s) Medina University, MMLS Universiti Malaya dan Ph.D Universiti South of Valley dan Oxford Academy for Advanced Studies. Pengkhususan adalah dalam bidang pengajian dan pendidikan bahasa dan linguistik Arab. Berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya sejak tahun 1988 sehingga sekarang di Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa Timur Tengah. Terlibat secara aktif dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan akademik dan pentadbiran dalam program pengajian bahasa dan linguistik Arab. Beliau juga aktif dalam kerja penilaian program pengajian untuk peringkat diploma, sarjana muda dan pasca sarjana di dalam dan luar negara. Pernah menghasilkan beberapa karya terjemahan untuk badan rasmi kerajaan dan syarikat swasta.
Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad
Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Universiti Al-Azhar, Mesir), Sarjana dalam Pengajian Arab (Universiti Yarmouk, Jordan) dan seterusnya Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Arab (Universiti Antarabangsa Islam Malaysia). Berkhidmat sebagai tenaga akademik di Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Pernah memegang jawatan dalam pentadbiran seperti Dekan Fakulti Bahasa Arab dan Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA. Sejak 2020 hingga sekarang memegang jawatan Penolong Rektor (Hal Ehwal Akademik). Aktif menghasilkan penulisan ilmiah berbentuk buku dan artikel serta karya-karya terjemahan hasil projek kolaborasi dengan Pusat Sejarah Brunei. Turut terlibat aktif dalam mengetuai geran penyelidikan dalam dan luar negara.
Copyright Information
All rights reserved. No part of this book may be reprinted or reproduced or utilized in any form or by any electronic, mechanical or other means, now known or hereafter invented, including photocopying and recording, or in any information storage or retrieval system without permission in writing from the Publisher.
Unissa Press Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
View all titlesBibliographic Information
- Publisher/Imprint UNISSA PRESS / 2022
- Orginal LanguageMalay
- ISBN/Identifier 9789991787596
- FormatPaperback
- Primary Price 16 BND
- ReadershipProfessional and Scholarly
- Publish StatusPublished
- EditionFIRST EDITION
- Copyright Year2022
- Dimensions6X9 inches
Unissa Press Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) has chosen to review this offer before it proceeds.
You will receive an email update that will bring you back to complete the process.
You can also check the status in the My Offers area
Please wait while the payment is being prepared.
Do not close this window.