BALAI CERAP ASTRONOMI: MENJUNJUNG WAHYU MENGUKUH TAMADUN
by Editors: Ibnor Azli Ibrahim and Mohd Hafiz Safiai
Description
Buku yang diberi judul Balai Cerap Astronomi: Menjunjung Wahyu Mengukuh Tamadun ini mengandungi 13 bab berkaitan perkembangan dan peranan balai cerap meliputi topik perbahasan berikut: balai cerap dalam lipatan sejarah Islam; kemunculan balai cerap astrofiqh dan khidmat bakti terhadap Islam; Balai Cerap Al-Biruni: mutiara falak Sabah; Balai Cerap Al-Khawarizmi Negeri Melaka bukti perkembangan ilmu falak di Malaysia; balai cerap astrofiqh sebagai penjana ekonomi; peranan balai cerap moden masa kini; kepelbagaian program di balai cerap: “astronomi untuk semua”; cabaran modal insan dalam balai cerap astronomi di Malaysia; sumbangan balai cerap astronomi amatur dalam memaknai hubungan insan dan angkasa; keperluan kajian topografi rukyat al-hilal dalam pembinaan Observatorium Indonesia; deskripsi historis dan prospektus ilmiah kaleidoskop observatorium Imah Noong Indonesia; and Observatorium Ilmu Falak Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (OIF UMSU) dan kontribusinya dalam penelitian waktu subuh. Buku ini diharapkan dapat menyemarakkan semangat penyelidik dalam meningkatkan kemajuan ilmu falak, sekali gus menjadi wadah dalam memartabatkan budaya penyelidikan ilmu falak di mata dunia.
More Information
Rights Information
All rights reserved. No part of this book may be reprinted or reproduced or utilized in any form or by any electronic, mechanical or other means, now known or hereafter invented, including photocopying and recording, or in any information storage or retrieval system without permission in writing from the Publisher.
Marketing Information
UNISSA Press
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Simpang 347, Jalan Pasar Gadong
Gadong BE1310
Negara Brunei Darussalam
Tel: +673 2462000 ext. 332
Website: www.unissa.edu.bn
email: unissapress@unissa.edu.bn
Instagram: penerbit.unissa
Facebook: Unissa Press
Author Biography
DR IBNOR AZLI IBRAHIM ialah Profesor Madya di Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan bekas Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam. Beliau sebelum itu berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia selama 28 tahun. Memiliki Ijazah al-Alia dalam bidang Syariah (Al-Siyasah wal Qadha’) dari Universiti Islam Medina, Arab Saudi dan Sarjana Syariah (al-Qadha’) dari Universiti Of Jordan & Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau seterusnya dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Fiqh Wa Usuluhu. Beliau menamatkan penyelidikan Post Doktoral mengenai Instrumen Falak Kerajaan Ustmaniyyah Turki di Yıldız Technical University, Beşiktaş-Istanbul. Beliau pernah dilantik sebagai felo di Institut Sains Angkasa (ANGKASA) UKM, Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) UKM dan di Institut Islam Hadhari (HADHARI) UKM (2010-2019). Beliau telah menjalankan 20 penyelidikan, dalam berbagai bidang Syariah di mana 9 darinya sebagai ketua penyelidik. Beliau juga menyelia lebih dari 30 tesis MA dan PHD, dan dilantik menjadi pemeriksa lebih dari 25 tesis MA dan PHD dalam dan luar UKM. Beliau menulis lebih dari 10 buah buku termasuk buku terjemahan, 27 bab dalam buku dan aktif membentang kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau telah menerbitkan lebih dari 57 artikel dalam jurnal dan 24 darinya diindex di bawah SCOPUS dan 1 di bawah Q1. Sebagai orang yang dirujuk, beliau telah dilantik menjadi Panel Penyelidik Fatwa, Jabatan Mufti N.Sembilan, Panel Pakar Falak JAKIM, Panel Pakar Fiqh DBP dan Panel Penilai untuk Malaysian Qualification Accreditation (MQA). Dalam kegiatan akademik dan kemasyarakatan beliau adalah Pengerusi Kelab al-Quran al-Karim Malaysia, Setiausaha Persatuan kebudayaan Malaysia Turki, Naib Yang Di Pertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Exco Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM), Ahli Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah, MEMBER of International Cresent Observation Project (ICOP)- Dubai, UAE, MEMBER of International Federation of Science Social Organization (IFSSO)- Tokyo-Japan.
DR.MOHD HAFIZ SAFIAI kini merupakan seorang Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Felo Bersekutu di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Peradaban Islam (Sains & Teknologi) daripada UKM (2019), Sarjana Kajian Asia Barat (Sains & Teknologi) daripada UKM (2013), dan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian daripada USIM (2010). Bidang kepakaran beliau meliputi Fiqh Dunia Moden; Islam & Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (iSTEM); dan Astrofiqh & Kosmofiqh (Falak Syarie). Beliau terlibat dalam beberapa penyelidikan terutama dalam bidang Falak Syarie berkaitan observatori dan astrolab. Tambahan daripada itu, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam penulisan artikel dan pembentangan kertas kerja persidangan. Beliau turut terlibat sebagai editor dalam beberapa jurnal dan merupakan Setiausaha Kehormat Persatuan Falak Syar’i Malaysia.
Copyright Information
All rights reserved. No part of this book may be reprinted or reproduced or utilized in any form or by any electronic, mechanical or other means, now known or hereafter invented, including photocopying and recording, or in any information storage or retrieval system without permission in writing from the Publisher.
Unissa Press Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
View all titlesBibliographic Information
- Publisher/Imprint UNISSA PRESS AND UUM PRESS / 2022
- Orginal LanguageMalay
- ISBN/Identifier 9789991787558
- FormatPaperback
- Primary Price 26 BND
- ReadershipProfessional and Scholarly
- Publish StatusPublished
- EditionFIRST EDITION
- Copyright Year2022
- Dimensions6X9 inches
Unissa Press Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) has chosen to review this offer before it proceeds.
You will receive an email update that will bring you back to complete the process.
You can also check the status in the My Offers area
Please wait while the payment is being prepared.
Do not close this window.